Khamis, 2 Oktober 2014

Laa Tahzan, InnaAllah Ma'ana



Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula. Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian...?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satuperingatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini. Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan oleh Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.




Dah nak dekat raya, Allah datangkan ujian ruma terbakar di Karamunting, Sandakan, Sabah. Moga sabar menghadapinya. Saya ucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran petang tadi. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan