Tenggelam relung dadaku dalam syahdu,
Titis mutiara jatuh berderai derai,
Mengukur layakkah diri menerima nikmat cinta sejati darimu Ya Tuhanku,
Dengarlah bisikan doaku dalam sujud sembah pada-Mu...
Aku yang menghitung luka-luka parah,
Menyelar tiap ketenangan pada angin lalu,
Aku yang mengadu domba pada alam,
Menyaksikan sang bulan memuntahkan darah merah...
Tempiasnya mengukir parut-parut duka,
Kebeningan malam mencucuk sanubari,
Dalam dakapan rindu aku tersungkur jatuh tersembam,
Meraba raba mencari erti sebuah kasih sayang...
Apakah ini harga yang harus kubayar untuk setuang cinta dari-Mu Tuhanku?
Kehibaan aku merangkak menjilat noda yang menjerat jiwa,
Pada parah yang mencengkam hati nan luluh,
Dalam menghidang cinta buat penciptaku...
Selasa, 21 Oktober 2014
Khamis, 9 Oktober 2014
Kasihku Dalam Diam
Di sudut sepi,
Aku termenung sendiri,
Hati bertalu lontarkan pertanyaan,
Otak ligat mencari jawapan.
Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar ianya satu dosa,
Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya.
Ya Allah,
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing.
TakdirMu melebihi segalanya,
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati.
Aku merindui, aku menangisi,
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati.
Dia menolak aku dengan sopan,
Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan,
Aku tersenyum walaupun terkilan,
Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui.
Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya.
Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya.
Amin.
Sabtu, 4 Oktober 2014
Persoalan Ibadat Korban Di Aidiladha
Pada 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjakan ibadat haji di Makkah. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, lazimnya mereka akan mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung atau rumah terbuka untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama Islam.
Selain itu, Hari Raya Aidiladha turut disambut dengan melaksanakan ibadat korban iaitu akan disembelih binatang seperti unta, lembu atau kambing bertujuan mendekatkan diri kepada Allah. Ibadat korban ini bertepatan dengan dalil al-Quran dan hadis berikut yang bermaksud :
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
(Surah al-Kauthar:Ayat 2)
Nabi S.A.W telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibaay yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibaay tersebut.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Erti Pengorbanan
Antara hikmah ibadat korban ialah untuk menghidupkan erti pengorbanan yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS ketika Allah memerintahkan Baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim tidak teragak-agak untuk melaksanakan perintah Allah tersebut, tetapi Allah telah menggantikan sembelihan tersebut dengan seekor kibas. Keimanan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika melaksanakan perintah Allah ini menjadikan ibadat korban mempunyai hikmah tersendiri untuk dihayati oleh setiap orang Islam.
Ukhwah Islamiah yang Utuh
Selain itu, ibadat korban juga mengandungi pengertian untuk mendidik umat Islam agar mereka tidak melupakan golongan fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan setelah Allah berikan rezeki kepada mereka. Ibadat korban turut melahirkan kegembiraan dan perasaan kasih sayang sesama sanak-saudara dan jiran tetangga yang hadir untuk bersama-sama kita bergotong-royong melaksanakan Ibadat korban. Dengan itu akan lahirlah sebuah ikatan persaudaraan Islam yang kuat antara individu dan masyarakat.
Hukum Ibadah Korban
Menurut majoriti ulama dan mazhab Shafiee, hukum korban adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut) bagi orang Islam yang berkemampuan. Namun ia boleh menjadi wajib dengan dua sebab: Pertama, apabila seseorang itu mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk dikorbankan seperti menyatakan "ini adalah korbanku" atau "aku akan korbankan binatang ini".
Kedua, apabila seseorang itu bernazar atau mewajibkan dirinya melaksanakan korban untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti menyatakan "wajib bagi aku korban kerana Allah".
Binatang yang disyariatkan untuk dikorbankan adalah unta, lembu dan kambing. Selain ketiga-tiga binatang ini, tidak sah melakukan korban dengan binatang lain. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Dan bagi setiap umat kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan Allah kepada mereka.
(Surah al-Hajj:Ayat 34)
Menurut ulama, perkataan binatang ternakan dalam ayat di atas bermaksud unta, lembu dan kambing. Selain itu, tidak pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melakukan korban selain daripada tiga jenis binatang tersebut. Oleh itu, binatang paling afdhal (terbaik) ialah unta, kemudian lembu atau kerbau dan kemudian kambing.
Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian. Maka harus melaksanakan korban dengan mengambil satu bahagian daripada tujuh bahagian itu. Manakala kambing pula tidak boleh dibahagikan seperti unta dan lembu.
Waktu Korban
Waktu korban bermula selepas terbit matahari Hari Raya Aidiladha iaitu selepas dilaksanakan solat sunat hari raya dan selesai mendengar khutbah. Manakala tempoh mengadakan korban berakhir setelah terbenam matahari pada akhir hari tasyrik iaitu 13 Zulhijjah. Sepanjang tempoh tersebut, umat Islam boleh melakukan korban bila-bila masa sahaja, namun korban pada waktu malam kurang digalakkan.
Daging Korban
Sekiranya korban tersebut adalah korban wajib atau nazar, maka tidak harus bagi orang yang melakukan korban dan mereka di bawah jagaannya memakan daging korban tersebut. Jika salah seorang daripada mereka memakan sedikit daging korban itu, daging korban itu hendaklah diganti semula dengan daging lain atau dibayar dengai nilaian daging yang dimakan.
Namun sekiranya korban tersebut adalah korban sunat, maka harus bagi orang yang melakukan korban itu memakan mengikut kadar yang dikehendakinya dengan syarat dia hendaklah bersedekah sedikit daripada daging korban itu. Manakala paling afdhal ialah memakan sedikit sahaja daging korban itu untuk keberkatan dan bakinya yang lain disedekahkan. Oleh itu, harus bagi orang yang melakukan korban itu memakan satu pertiga daripada bahagiannya, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada sahabat handai dan jiran tetangga walaupun mereka orang kaya.
Daging korban yang dihadiahkan kepada orang kaya hanya boleh dimakan dan mereka tidak boleh menjualnya. Manakala daging korban yang diberikan kepada fakir miskin tidak terikat dengan syarat ini. Maka mereka boleh memakan atau menjual daging tersebut mengikut kehendak mereka.
Kulit Binatang Korban
Bagi orang yang melakukan korban, mereka boleh sedekahkan kulit binatang korban itu atau dimanfaatnya untuk dirinya sendiri. Tetapi tidak boleh dijual atau diberikan kepada penyembelih binatang korban itu sebagai upah kepada sembelihannya. Ini kerana perbuatan memberi upah dengan cara sebegitu boleh menyebabkan kekurangan pada binatang korban dan merosakkan ibadat korbannya. Namun jika pemberian tersebut bukan atas dasar upah kerana orang yang melakukan korban telah memberikan wang sebagai upah kepada penyembelih, maka pemberian kulit dan sebagainya lagi tidak menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi penyembelih adalah orang fakir miskin. Ini bertepatan dengan hadis berikut yang bermaksud:
Rasulullah SAW telah memerintahkan aku (Ali RA) menyembelih unta-unta Baginda (sembelihan korban ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku sedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah daging) sedikit pun daripadanya.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Manakala antara sunat-sunat ibadat korban seperti: Disunatkan orang yang melakukan korban menyembelih binatang korbannya sendiri, jika dia tidak mampu maka hendaklah dia hadir menyaksikan sembelihan itu dan disunatkan bagi pemerintah melakukan korban menggunakan harta Baitul Mal bagi pihak orang-orang Islam.
Demikianlah penjelasan ringkas mengenai persoalan yang berkaitan dengan ibadat korban yang akan dilaksanakan pada esok hari (Hari Raya Aidiladha). Semoga dengan penjelasan ini akan meningkatkan mutu ibadat korban kita berbanding tahun-tahun sebelumnya. In syaa Allah.
Wallahualam.
Khamis, 2 Oktober 2014
Kisah Tentang Bintang...
Dia sangat merinduiku
Ketika aku muncul menghiasi langit
Dia tersenyum merenungku
Di antara beribu bintang
Aku menjadi temannya
Dia berkata..
Ya Allah izinkan bintang yang satu itu menjadi temanku
Yang sentiasa menghiburkan dengan kerlipan
Yang sentiasa menerangi cahaya kegembiraan
Pada suatu ketika
Aku tidak muncul menemani malamnya
Aku berselindung di balik awan nan hitam
Sedang Allah memberi sang hujan untuk menyirami bumi
Aku melihat di celah-celah awan hitam
Dia sedih, melihat hujan dan awan hitam
Dia mencari-cari ku di semua sudut langit
Aku melihat dia sunyi...
Suram dalam sepi
Seolah-olah tidak senang dengan sang hujan
Dia berkata
Ya Allah munculkan bintang yang satu itu
Jika dia bersembunyi di balik awan hitam
Alihkanlah agar mudah ku memandang
Jika hujan penyebab cahaya bintang padam
Hentikan hujan agar dapat terus ku melihat sinar cahayanya
Jika aku bisa berkata-kata
Aku ingin berkata kepadanya
Wahai temanku
Aku juga merindumu
Tapi malam ini bukan milik ku
Allah yang mengaturnya
Kadang kala...
Allah tidak memberikan bintang menemani mu
Tapi Dia mengantikan dengan yang lain
Lebih baik dari bintang iaitu hujan
Yang bisa memberikan kesejukan di jiwamu
Juga membasahi kemarahan dan egoanya mu,
Cubalah menjadi temannya.
Jika suatu saat aku tidak muncul lagi...
Jangan pernah engkau menyalahkan takdir ini
Percayalah semuanya sudah di atur oleh Ilahi
Segala apa yang diberikan pada mu AllahLebih Mengetahui.
Dan itu jualah yang terbaik buat diri
Laa Tahzan, InnaAllah Ma'ana
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula. Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian...?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satuperingatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini. Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan oleh Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.
Dah nak dekat raya, Allah datangkan ujian ruma terbakar di Karamunting, Sandakan, Sabah. Moga sabar menghadapinya. Saya ucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran petang tadi. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Diriku Hamba Senja
Dalam kelewatan ini
Aku menjelajah kesepian
Meneroka seribu makna yang membawa aku
Ke satu daerah kesunyian..
Meronta jiwa palsu
Menafikan rindu ini milik dia
Mengagung kasih pada hambanya
Melerai kelekaan cinta buat zaujah
Sehingga kulupakan anugerah itu milik Dia..
Menteri senja mengejut aku dari lamunan
Khabar usiaku bukan mainan
Kutoleh ke belakang
Ya Allah, aku tiada bekalan buat masa hadapan..
Adakah sinar buat aku lagi???
Adakah mentari pagi bakal bersua lagi???
Sesungguhnya rindu yang aku labuhkan
Bukan pada tempatnya..
Cinta yang aku persembahkan
Bukan pada miliknya
Hanya sendu aku milik Dia
Saat kesedihan kuratap padanya..
Ampunkan kejahilan diri ini
Anugerahkan aku mentari lagi
Agar esok aku mampu berdiri
Menyulam cinta sejati
Menyemai kasih abadi
Jika esok tiada lagi buat hamba senja ini
Adakah hamba ini dalam payungan rahmat-Nya??
Mungkin juga belas dari Nya
Siapa tahu dia pemilik jiwa
Yang pasti malam ini milik hamba
Kesempatan ini aku menghamba jiwa
Melabuh cinta
Agar Dia menghapus dosa.
Rabu, 1 Oktober 2014
Mencari Sakinah
Ya Allah
Terkadang pada suatu saat
Aku berjalan dengan semangat
Dan aku merasa sangat kuat
Namun terkadang
Aku didatangi ujian yang sangat hebat daripadaMu
Aku rebah seketika
Namun, Kemudian aku bangun
Kemudian
Sekali lagi
Ada tiupan angin badai
Aku terjatuh kali kedua
Namun, aku bangkit lagi!
Aku bangun
Dan berjalan
Berjalan tanpa henti
Sehingga haus tapak kaki
Namun aku terus berjalan dan berjalan
Aku
Abid Ar-Rahman
Seorang insan bertemankan Tuhan setiap waktu
Ada suatu ketika
Aku dirudung permasalahan jiwa
Membuatkan jiwaku terasa lemah
Lemahnya tarbiyahku
Namun
Allah selalu menghantarkan aku
Kalam-kalam sakinahnya...
"Sang abid
Mengapakah duhai sayangku
Dikau bersedih sedang aku di sampingmu?"
Aku memulakan bicaraku...
"Ya Rabbi
Sedang tika ini Kau masih bersamaku,
Menyebabkan aku terasa sayu
Ya Rabbi
Engkau tahu apa yang terkelumit di dalam qalbuku
Sedang seisi dunia tidak tahu permasalahan yang terpendam di lubuk hatiku
Ya Rabbi
Kehadiranmu selalu menanamkan bibit-bibit sakinah ke dalam jiwaku yang goyah ini
Bagaimanalah aku tanpaMu
Di saat aku merasa sendiri
Aku berjalan
Mencari sekelumit sinar cahaya
Menemukan ubat penebus dan pelentur dosa
Muhasabah diriku ku susun
Menjadikan ubat jiwa yang resah nan mentah ini
Moga Engkau sentiasa melindungiku
Sampai SyurgaMu..."
Terkadang pada suatu saat
Aku berjalan dengan semangat
Dan aku merasa sangat kuat
Namun terkadang
Aku didatangi ujian yang sangat hebat daripadaMu
Aku rebah seketika
Namun, Kemudian aku bangun
Kemudian
Sekali lagi
Ada tiupan angin badai
Aku terjatuh kali kedua
Namun, aku bangkit lagi!
Aku bangun
Dan berjalan
Berjalan tanpa henti
Sehingga haus tapak kaki
Namun aku terus berjalan dan berjalan
Aku
Abid Ar-Rahman
Seorang insan bertemankan Tuhan setiap waktu
Ada suatu ketika
Aku dirudung permasalahan jiwa
Membuatkan jiwaku terasa lemah
Lemahnya tarbiyahku
Namun
Allah selalu menghantarkan aku
Kalam-kalam sakinahnya...
"Sang abid
Mengapakah duhai sayangku
Dikau bersedih sedang aku di sampingmu?"
Aku memulakan bicaraku...
"Ya Rabbi
Sedang tika ini Kau masih bersamaku,
Menyebabkan aku terasa sayu
Ya Rabbi
Engkau tahu apa yang terkelumit di dalam qalbuku
Sedang seisi dunia tidak tahu permasalahan yang terpendam di lubuk hatiku
Ya Rabbi
Kehadiranmu selalu menanamkan bibit-bibit sakinah ke dalam jiwaku yang goyah ini
Bagaimanalah aku tanpaMu
Di saat aku merasa sendiri
Aku berjalan
Mencari sekelumit sinar cahaya
Menemukan ubat penebus dan pelentur dosa
Muhasabah diriku ku susun
Menjadikan ubat jiwa yang resah nan mentah ini
Moga Engkau sentiasa melindungiku
Sampai SyurgaMu..."
Fitrah Sebuah Kehidupan
Perpisahan.
Apa yang istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya? Di mana lebihnya perpisahan ini sehingga banyak airmata gugur kerananya?
Bukankah pertama kali kita dipertemukan oleh Allah, kita telah tahu kita akan berpisah? Bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu akan fitrah ini. Tapi mengapa?
Mari semua. Mari bayang wajah-wajah orang-orang yang paling kita sayang dan cinta. Senaraikan nama-nama mereka do atas satu kertas, dan simpan dalam dompet supaya senang dibawa kemana-mana. Lihat. Nescaya sampai satu ketika, kertas itu akan dilupakan kewujudannya.
Bila diingati semula nanti, hati mungkin akan terusik dek kenangan. Kenangan tentang airmata yang pernah tumpah, tentang senyum yang pernah terukir, tentang cinta yang pernah ada.
Bila diingat semula nanti, kertas itu sudah menjadi rapuh, kekuningan, hampur koyak, dan hati kita tak akan lagi berfikir tentang isinya. Cuma yang harus kita fikirkan - apa kesannya untuk perjalanan hidup kita? Untuk Dunia dan Akhirat kita? Sedikit sekali. Atau mungkin memang tiada.
Resam air.
Di dunia, air bersifat lembut an menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita, saat kita bangun dari lena dan bersuci, ternyata ia melegakan. Tubuh jadi segar dan hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.
Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh yang tidak bermaya, semangat yang pudar, seakan dikejut oleh luahan airmata. Terasa lega bila dapat melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu berkata-kata.
Ada orang mengambil semangat dari airmata. Fitrah.
Tidakkan Rasulullah S.A.W mengalirkan airmata di saat kematian anak, isteri dan bapa saudara Baginda? Fitrah.
Manusia diciptakan lemah dan pelupa, jadi kita selalu berdosa. Atas dasar ini, para ulama tidak malu untuk hidup dengan airmata. Airmata yang mengalir kena pada tempat, tepat pada ayat, lantas membuatkan mereka kuat.
Kita bukan Nabi untuk jadi manusia sempurna. Kita tidak terperlihara dari dosa. Kita tak kuat untuk mengaku begitu tabah dan ego untuk tidak menangis. Kita hanya pedatang biasa yang singgaj sebentar di Dunia. Dalam perjalanan ini, kita mungkin bertemu dengan pelbagai ragam. Akan ada rasa sayang di setiap tempat yang kita ukirkan. Pada beberapa benda yang berharga menurut pandangan kita, kita akan tumpahkan cinta padanya, antara benda berharga itu adalah manusia.
Kalau dilihat dari sudut dunia, semakin kita beri semakin kita akan kekurangan. Seperti gelas yang diminum airnya, ruang-ruang kosong di dalam gelas itu juga akan kurang. Sebelum kita menumpahkan air mata, fikirkan apa urusan kita - Dunai dan Akhirat.
Adakah di Akhirat, ia akan kekal dengan sifat airnya yang tenang dan memadamkan? Mampukah air mata tadi memadamkan api-api neraka jika ia bukan tumpah untuknya? Air hanya berguna jika disimbah untuk memadamkan api. Bukan di semua tempat air memadam dan menenangkan. Ada ketika, air tidak boleh memadamkan bahkan api semakin lahap dan lahab (menjulang). Orang yang terluka dan cedera juga tak boleh terkena air.
Syariat memahami. Lalu memberi kelonggaran untuk menggunakan debu sebagai ganti. Dari sudut mana debu itu nampak bersih, apatahlagi membersihkan? Jauh lagi menghembuskan ketenangan. Lalu untuk apa?
Hikmah yang tersirat.
Sepertimana kita tak tahu hakikat debu itu sehingga boleh menggantikan air, kita juga takkan tahu banyak benda. Kita bahkan tak ada kekuatan untuk memahami keperluan diri. Lalu bila Allah sempurnakan sesuatu untuk kita, tak perlu kita membantah.
Mungkin antara hikmahnya, Allah ingin kita jadi seorang hamba yang mengaku hamba. Bila disuruh buat, kita mesti taat! Ketahui, dan percaya bahawa kehidupan ini urusan Allah.
Perpisahan ini, walau menyedihkan, walau menumpahkan air mata, sama-sama kita berpesan. Jangan sampai kita jadi seperti si jahil yang cuba mempersoal.
"Untuk apa pertemuan, kalau kita ditakdirkan untuk berpisah"
Langgan:
Catatan (Atom)